Sunday 25 November 2012

HARIMAU KECUNDANG

walaupun ini dikatakan terlalu awal untuk memutuskan mengenai nasib skuad harimau malaya namun , perlawanan pertama yang menyaksikan skuad negara kecundang sudah pastinya membuatkan para penyokong berasa sangat kecewa terutama apabila menyaksikan skuad yang digunakan sebagai kesebelasan utama adlah bukan dari skuad yang terkuat skuad negara.Tindakan ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal dengan meletakkan pemain seperti Maahali Jasuli di banggku simpanan dan memasukkannya pada separuh masa kedua tampak menjadikan barisan pertahanan sedikit goyah.hal ini,pemain seperti Mahali adalh pemain yang bukan sahaja berpengalaman malah rajin diatas padang sepatutnya disenaraikan sebagai starter line bagi skuad negara pada perlawanan menentang skuad yang kuat seperti pasukan singapura. Pada aksi pembukaan atau perlawanan pertama skuad bagi mencari kelebihan sebelum bertemu ppasukan lain pada perlawanan seterusnya.Pemilihan pemain bagi menjalankan tugas di AFF Suzuki Cup 2012 seharusnya diambil secara teliti.pada masa ini pelbagai pertanyaan akan timbul terutamanya,Dimanakah pemain-pemain kelantan?.hrmmm,jikalau seppanyol dengan mengambil pemain yang banyak dari Barca jadi apa salahnya jikalau kita mencontohi skuad no 1 dunia tersebut.Hal ini kerana menerusi analisis pada perlawanan malam sabtu tersebut,terdapat beberapa pemain yang masih tidak serasi dengan rakan sepasukan mereka yang menyebabkan hantaran tidak tepat dan sebagainya dan membuatkan pemain-pemain seperti fadhli sas,shafiq rahim,apek,saffee sali,dan pemain lain yang teramat bekerja keras bagi menjulang nama negara ini seperti dihisap darah mereka kerana terpaksa berhempas pulas menghalang pihak lawan akibat dari pelbagai kesilapan yang dibuat.hal ini menimbulkan persepsi bahawa pemain yang nampak tidak bersungguh-sungguh hanyalah untuk mengisi tempat kosong dan hanyalah untuk menaikkan nama mereka..oleh itu,fikirlah sebelum membuat keputusan.